Online Diary ANISAH AFIFAH >

Tuesday 6 October 2020

Jodoh

Assalamualaikum, semua. Dah lama rasanya tak ekspresikan kata-kata ni. Biasanya menulis guna laptop. Tu yang malas tu. Ni aku guna fon. Aku baru tahu ada apps Blogger ni. Kah kah. Noob.

Kenapa tajuk 'Jodoh' tu?

Biasanya semua eksaited kalau ada tajuk macam ni kan 😏 Eleh ngaku je lah.

Posting kali ni aku just nak share pengalaman aku je. Hehe.

Bercakap soal jodoh ni, bukannya aku tak pernah pikir. Tapi aku macam, biar lah dulu. Takde keperluan pun lagi. Tanggungjawab pun banyak lagi nak kena pikul ni.

Umi siap pesan lagi, "Kaklong kena cari kerja dulu baru boleh kahwin." Hahahah nasib la weh jadi anak sulung.

Selalu aku dengar, orang duk merungut bila ditanya soalan,

"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon ke belum?"

Pastu aku merungut sendiri, alah biar je la orang nak cakap apa pun. Abaikan je lah kata-kata tu tak boleh ke? Sikit sikit update. Acah je. Tapi, bila soalan tu 'pappp' kena atas muka sendiri, nak tahu apa reaction aku?

Yes, aku tergamam.

Selama ni aku tak pernah ditanya soalan2 berikut, sebab tu aku boleh cakap abaikan je la bla bla bla. Tapi bila diri sendiri yang kena, 4 hari 4 malam aku duk pikir. Soalan tu setiap masa terngiang-ngiang kat telinga aku 😂

Ya Allah, aku taktau kenapa. Aku taktau kenapa aku duk terpikir je. Padahal, semua ni aku yang mintak. Aku yang doa yang aku taknak ada komitmen dan perhubungan cinta pun lagi selagi aku masih belajar. Dan aku jugak mintak agar jodoh tu datang pada waktunya.

Kawan lelaki pun takde sekarang. Macam mana nak lekat. Hahaha. Beza sangat la dengan waktu sekolah dulu. Dulu, ramai sangat kawan lelaki nya ya Allah. Malas la nak cakap lebih-lebih, bukak pekung aib sendiri pulak nanti. Tapi tu lah. Beza sangat la. Sampai masuk uni ni, sorang member lelaki yang betul betul baik pun takde. Fully depends on kawan-kawan perempuan je.

Apa yang aku harapkan, aku jumpa seseorang yang betul-betul boleh terima aku dan keluarga aku. Boleh tackle umi ayah dan adik-adik aku. Boleh jadi imam kat rumah bila balik kampung. 

Parents dan adik-adik aku ni senang je nak tackle. Lagi-lagi ayah. Hahahah. Kalau kau pandai tackle bab hobi dia, confirm boleh jadi bestfriend. Nantila, kalau dah 'ada' nanti kita bagila tips tackle. Kah kah.

Okey kat bawah ni aku drop link dari Pesona Pengantin, Ustazah Norhafizah Musa ada share doa untuk dapatkan jodoh yang baik. Kalau rajin, bukaklah nanti link tu hehe.


Itu sahaja buat malam ni. Sama-sama kita doa moga dapat jodoh yang baik-baik yang dapat terima baik mahupun khilaf kita. In shaa Allah.

If you love this entry click Like and Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen