Assalamualaikum gais.
Siapa peminat anime? Kartun? Put your hands up! 🙋
Haa. Minggu-minggu ni kan viral kat twitter cerita kartun yang bertajuk "Wolf Children". Apalagi, aku terus cari. Tapi, dua tiga hari lepas baru lah berkesempatan nak tengok, aku tengok kat youtube. Nasib baik ada. Banyak dah yang kena remove 😂
Jadi, cerita ni mengisahkan tentang pada mulanya Hana (emak) ni jatuh cinta pada seorang lelaki yang kerap datang ke sekolahnya untuk belajar secara sembunyi tanpa diketahui umum. Hana mulai dekati lelaki tu dan akhirnya diorang rapat dan saling jatuh cinta. Lelaki tu bagitau perkara yang sebenar yang sebenarnya dia ialah serigala jadian. Tapi Hana terima beliau seadanya dan mereka kahwin (tak sure kahwin ke tak sebab tak tunjuk, aih husnudzon 😂)
Tidak lama kemudian mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Yuki. Dan selang dua tahun, Hana melahirkan seorang anak lelaki bernama Ame. Kedua-dua mereka juga serigala jadian. Beberapa bulan selepas melahirkan, ayah mereka meninggal without no reasons. Dia dijumpai di bawah jambatan oleh orang awam. Masa tu berupa serigala. Nak tahu kisah selanjutnya? Haa sila lah tengok.
Keseluruhannya, cerita ni menunjukkan jerih perih pengorbanan dan perjuangan seorang ibu membesarkan 2 orang anak serigala jadiannya ini sendiri tanpa pengetahuan orang lain. Masing-masing menunjukkan sifat kenakalannya yang tersendiri sehingga kan pada akhirnya ibunya terpaksa merelakan anak bongsunya memilih jalan yang disenanginya iaitu dengan menjadi seekor serigala.
So, gais, tolongla tengok. Best gila. Walaupun cara aku cerita ni tak berapa best, tapi ceritanya best. Ada part sedih, part kelakar melihat telatah anak-anak kecil ni..
Highly recommended;
👍👍👍👍👍
(Tipu je gambar. Padahal ayah dia tak sempat pun tengok anak-anaknya membesar 😭 Eh emo pulak)
0 00 nak komen:
Post a Comment